RENUNGAN MOTIVASI

Pernah kah anda merasakan bahawa anda tidak cukup maasa untuk melakukan sesuatu.  Bayangkan sewaktu anda menjadi pelajar... assingmen berlambak untuk disiapkan.  bagaimana anda berharap anda boleh memberhentikan waktu... Namun semua itu mustahil berlaku.


Anda perlu berjaga.?  Tidak rehat?... Korbankan masa tidur?  Jawapannya terletak kepada diri anda sendiri.


Perlukah anda menjadi hamba yang setia?  Hamba Allah itu sudah semestinya.  Yang kedua adalah hamba kepada masa? Jawapan anda sepatutnya   TIDAK!!!!


Anda perlu menjadi pengawal kepada masa yang diberikan.  Dua puloh empat jam bukan sekejap.  Ada orang yang boleh menjana pendapatan RM1 juta dalam masa tidak sampai 1 minit.  Sedangkan anda perlu masa berhari-hari untuk membuat sesuatu tugasan yang boleh diselesaikan  dalam masa 1 jam sahaja..  KENAPA??


Sebab anda terlalu leka, buat sambil lewa.. tidak fokus...tiada matlamat atau kalau ada pun hanya samar-samar... tidak cukup maklumat... tiada pengalaman..malu bertanya...kurang keyakinan diri...kurang ilmu... buta IT dan sebagainya..


Bagaimana anda boleh mengelakkan semua ini?  Beberapa panduan boleh anda ikuti  bagi membolehkan waktu atau masa yang ada pada anda dipanjangkan secara literalnya iaitu:


i. Tahu apa matlamat anda
ii   Tentukan sumber-sumber yang ada pada anda
iii. Kenalpasti apa kekuatan  dan kelemahan anda
iv. Kenalpasti sumber-sumber luar yang boleh membantu anda
v.  Mulakan langkah pertama
vi. Bersedia untuk berpatah kebelakang jika menemui jalan buntu.
vii. Terbuka mental dan fizikal
viii.  Bersedia untuk menilai pandangan orang lain yang mungkin boleh membantu
ix.  Tidak mudah menyerah kalah
x.  Mampu mempertahankan pendapat berdasarkan fakta yang tepat dan menyeluruh.




snar
19 April 2014.

No comments:

Post a Comment